Assalamualaikum salam bicara
Dilahirkan sebagai generasi baru tidak bererti petua atau nasihat orang dulu diabaikan.
Kehidupan disamping keluarga pelbagai ras dan bangsa menjadikan saya terbias dengan kata-kata orang lama dalam kehidupan seharian
Segala amalan dan petua yang tidak bercanggah dengan syarie Islam masih diasimilasikan dalam kehidupan terutamanya apabila saya pulang ke kampung
Sepertimana firman Allah S.W.T
surah Ar-Ra’d ayat 4:"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
Berdasarkan ayat di atas, kelebihan yang dimiliki oleh salah satu tumbuh-tumbuhan dalam mempelbagaiakn unsur bahan makanan dan ubat-ubatan yang diserapnya berpengaruh kepada rasa, kualiti dan warna dari buah-buah yang dihasilkannya.
Menurut Nabi Muhammad S.A.W, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.
Sabda Baginda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)
Jadi disini, saya akan berkongsi sedikit petua dan amalan orang tua kita buat panduan semua
Sesungguhnya pada Allah S.W.T kita berserah dan pada kitalah untuk berusaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan