Selasa, 12 November 2013

PENYAKIT KAYAP

Ambil santan dari sebiji kelapa dan masak beberapa gambir
Kacau di atas api sederhana

Sapu di tempat kayap sebelum tidur dan buat setiap malam

TULANG PATAH CEPAT SEMBUH

Ambil dua batang rebung dan satu cawan pasir lalu tumbuk kedua-duanya sehingga rebung hancur
Bungkus bahan ini dalam daun pisang dan bakar di atas api selama 3 hingga 5 minit
Angkat dan letakkan pada bahagian tulang yang patah dan lilitkan kain
Amalkan sekali sehari(sebelah malam) hingga sembuh

Kalau rajin, lakukan dua kali sehari iaitu pagi dan malam

ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN

Ambil jadam dan asam jawa, campur sedikit air dan masak
Apabila mendidih serta pekat sedikit, angkat
Sebelum mengikat bengkung, sapulah bahan tadi(pilis) di perut
Biarkan pilis itu suam sedikit ketika menyapunya, baru diikat bengkung

Amalkan sepanjang masa berpantang

GATAL-GATAL KEMALUAN AKIBAT KEPUTIHAN

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, cuci bersih dan rebus bersama tiga gelas air
Setelah mendidih, angkat dan campurkan garam
Apabila air rebusan tadi suam, gunakannya untuk mencuci kemaluan
Amalkan dua atau tiga kali seminggu, pasti hasilnya memuaskan


KESAN HITAM DI BEKAS PLASTIK

Gosokkan hampas kelapa pada tempat yang terkena arang atau jelaga pada bekas plastik

Kemudian barulah dibersihkan seperti biasa

MENGHILANGKAN PANAU

Ambil tiga atau empat tangkai daun gelenggang muda lalu digosokkan pada tempat berpanau selama dua minit

Buatlah selalu selama seminggu

MELEGAKAN CIRIT BIRIT

Ambil satu camca makan daun teh, segelas air panas dan sedikit gambir
Rendamkan daun teh dalam air panas dan masukkan gambir

Biarkan 15 minit baru diminum

MENGHINDARKAN BUBUK

Ambil sedikit lada sulah, masukkan ke dalam perca kain atau kain kasa lalu disimpul

Letakkan di tempat yang ada bubuk, pasti bubuk akan hilang

HILANGKAN KESAN CACAR

Tumbuk jagung muda hingga lumat kemudian lumurkan pada bahagian parut cacar

Setelah kering, cuci dengan air hingga bersih dan amalkan selalu

SUSU TEPUNG HALUSKAN KULIT

Jika kulit anda kasar, cuba cuci muka dengan air limau nipis dan bilas dengan air bersih
Lap muka dengan tuala bersih
Kemudian ambil dua atau tiga camca susu tepung dibancuh bersama air suam dan sapukan ke muka, biarkan ia kering
Bersihkan susu tadi dengan span basah

Amalkan tiga kali seminggu dan hasilnya anda pasti puas

HILANGKAN JAGAT DAN TOMPOK-TOMPOK HITAM

Ambil sedikit daun pegaga dan bedak sejuk, campurkan lalu ditumbuk

Sapukan ke muka setiap malam dan amalkan selalu

Isnin, 11 November 2013

MENGHILANGKAN PANAU DAN KURAP

Ambil seketul ibu kunyit dan asah di buntut pasu
Campurkan sedikit kapur sirih dan sapukan di bahagian kurap atau panau tadi

Lakukan kerap untuk hasil memuaskan

BINTIK HITAM DI MUKA

Ambil sedikit biji betik muda dalam anggaran 10 biji, sedikit beras, sedikit kunyit hidup dan kulit kayu manis
Rendam kesemua bahan ini seminggu baru ditumbuk dan dijadikan bedak sejuk

Sapu ke muka anda selepas mandi setiap hari

NASI DAN INAI HAPUSKAN PARUT

Ambil dua genggam daun inai, dicuci bersih
Campurkan dengan segenggam nasi, hancurkan hingga lumat

Apabila lumat, tempekkan pada kesan parut kudis atau luka dan amalkan selalu

MENGHITAMKAN RAMBUT KEMBALI

Ambil dua helai daun lidah buaya dan keluarkan lendirnya
Campurkan dengan segenggam daun cekur manis dan ditumbuk lumat
Kemudian campurkan dengan sebiji telur
Sapukan ke seluruh kepala, biarkan seketika baru dibilas dengan air bersih

Lakukan begini dua kali seminggu

PENING KEPALA DISEBABKAN LETIH BEKERJA

Ambil enam helai daun sawi lalu digiling atau ditumbuk halus
Campurkan sedikit dengan garam

Kemudian gosok-gosokkan di dahi dan lakukan dua kali sehari

BUAH PINANG PUTIHKAN GIGI

Bakar buah pinang sehingga menjadi arang, lalu ditumbuk halus

Gosokkan serbuk pinang tadi di gigi yang kekuningan dan lakukan setiap hari

KESAN KARAT DI BAJU

Ambil dua biji limau nipis lalu dipotong dua
Gosokkan pada tempat terkena karat lebih kurang lima minit

Selepas itu basuhlah baju sebersihnya, pasti kesannya akan hilang

TERKENA MINYAK PANAS

Sekiranya anda terkena percikan minyak atau air panas, sapukan putih telur ke tempat itu

Biarkan ½ jam dan rasa sakit segera hilang dan tidak melecur

LAMPIN TIDAK HANYIR

Jika anda masih menggunakan kain lampin pada bayi anda dan berbau hanyir air kencing ada caranya untuk mengatasi bau itu

Ramas daun limau purut dalam air bilasan terakhir dan biarkan 10 minit lalu dijemur


PAKAIAN TERKENA MINYAK HITAM


Ambil mentega dan lumurkan pada tempat yang terkena minyak hitam


Biarkan 10 minit dan cuci dengan air bersih dan sabun

MERAPATKAN PERANAKAN

Bagi yang baru bersalin, petua ini boleh diamalkan
Ambil segenggam akar kayu serapat, direbus dan diminum airnya dua kali sehari sebanyak setengah gelas

Amalkan selama 44 hari

Ahad, 10 November 2013

BILIK BERBAU ROKOK

Ambil sehelai tuala kecil dan masukkan ke dalam ½ gelas air biasa yang dicampurkan dengan ½ gelas cuka

Lambaikan tuala itu diseluruh ruang pasti bau rokok akan hilang

TAUGE TETAP SEGAR

Masukkan tauge ke dalam bekas dipenuhi air sehingga menutup paras tauge itu
Masukkan beberapa keping asam gelugur dalam bekas tadi

Pasti tauge anda akan sentiasa segar

UBAT SAKIT DALAM TELINGA

Jika telinga anda sakit kerana kudis di dalam telinga, usah risau
Ambil setangkai dahan pokok betik, buang daunnya dan potong tangkai 15cm
Bakar di hujung tangkai tadi sehingga bewarna hitam dan mengeluarkan asap

Suruh seseorang  meniup lubang tangkai dengan hujung yang dibakar menghala ke lubang telinga anda

MEMBUANG TANDA MINYAK PADA PAKAIAN

Ambil kertas minyak, letakkan di atas dan di bawah tanda minyak itu
Seterikakan pada kertas minyak itu seperti menyeterika baju

Minyak tadi akan meresap pada kertas minyak tadi

LENDIR DI KERONGKONG

Ambil 1.75cm halia, 2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih, 1 camca besar serbuk kopi, 1 camca besar gula batu, sedikit kulit kayu manis dan air
Rebus kesemua bahan ini kemudian keringkan dan ditumbuk halus

Hidangkan seperti membuat kopi

KANGKUNG LEMBUTKAN RAMBUT

Ambil secekak daun kangkung diramas-ramas dengan enam camca besar air panas
Biarkan ia lembut dan keluarkan lendirnya
Tapis air kangkung dan ambil lendirnya sahaja
Sapu ke rambut, sambil merata dan picit kulit kepala
Biarkan kira-kira lima minit baru dicuci dengan air bersih

Amalkan dua minggu sekali

MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM

Ambil sedikit beras dan rendam semalaman
Campurkan beras dengan daun asam dan ibu kunyit lalu ditumbuk
Sapu ke muka seperti menggunakan bedak sejuk dan gunakan setiap hari

Jangan mengerutkan kulit muka kerana ia akan mengedutkannya

LENDIR KELAPA KILATKAN RAMBUT

Ambil lendir di permukaan isi kelapa dan sapu ke seluruh rambut
Biarkan sejam dua baru dibasuh dan disyampu
Kerap amalkan untuk mendapat hasil yang baik


MENGHALUSKAN KULIT BADAN

Ambil beberapa helai daun sirih dan secawan beras digiling lumat
Sebelum mandi, lumurkan bahan gilingan tadi ke seluruh badan dan sental
Sental sehingga bersih dan habis bahan gilingan tadi


MELICINKAN KULIT

Ambil kulit telur dan beras, goreng tanpa minyak, kemudian kisar halus
Ketika hendak menggunakannya, campur sedikit timun kisar dan sapu ke muka
Biarkan 10 hingga 20 minit baru dibasuh dengan air sejuk dari peti sejuk


ATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Ambi beberapa helai daun belimbing dan rebus sehingga mendidih
Apabila timbul bau pahit dari air rebusan, angkat dan biarkan sebentar
Tuang air itu ketika suam, ratakan dan picit kulit kepala perlahan-lahan
Lakukan begini setelah rambut anda bersih dan bilas dengan syampu
Rebusan tadi boleh digunakan tiga kali sahaja, lakukan selalu


Sabtu, 9 November 2013

MELICINKAN KAIN SUTERA

Kain sutera direnjis air sejuk keseluruhannya lalu dilipatkan elok-elok dan masuk dalam beg pastik
Beg plastik tadi disimpan dalam peti sejuk semalaman

Kemudian keluarkan dan terus digosok 

ATASI SAKIT BUBUL (PURU)

Ambil terusi(boleh didapati di kedai india) lalu dibakar menjadi abu dan ditumbuk halus
Campur dengan minyak masak

Bubuh di bahagian bubul dan anda akan terasa pedih tetapi ia akan terus kering dan sembuh

MEGHALAU ANAI-ANAI

Tumbuk setengah camca teh kemenyan angin (asafoetida) bersama setengah cawan air

Tuang ke dalam lubang anai-anai dan pasti anai-anai itu hilang

PENAWAR SUKAR KENCING

Ambil kelapa muda dan ditebuk bahagian atas, buat lubang sedikit
Ambil sebiji telur ayam kampung mentah dipecahkan sedikit dan masukkan dalam lubang kelapa tadi
Kacau rata-rata tetapi jangan dituang di dalam gelas

Minum air itu dan amalkan selalu

HILANGKAN PARUT JERAWAT

Ambil sedikit batu kawi lalu dicampurkan sedikit air limau nipis
Sapu ke muka sebelum tidur malam dan amalkan selama tiga minggu

Air tadi hanya disapu pada parut jerawat sahaja

MENGATASI KULIT MUKA BERJERAWAT

Parut setengah biji timun dan dicampur pada kuning telur
Kacau sebati dan biarkan 20 minit baru disapu ke muka
Setelah itu bilas dengan air bersih

Lakukan ketika hendak mandi atau tidur malam

MEMBERSIH DAN MEMUTIHKAN PARAS RUPA

Ambil segenggam beras, sedikit  air dan kentang lalu dikisar
Sapu ke muka hasil kisaran tadi dan biarkan kering
Setelah kering, bersihkan dengan air suam

Lakukan dua kali seminggu

MELEMBUTKAN KULIT WAJAH

Campurkan sebiji putih telur dengan secamca teh madu lebah lalu digau lsebati
Sebiji timun dikisar kasar lalu disejukkan dalam peti sejuk
Bersihkan muka dulu baru disapu campuran madu ke muka perlahan-lahan
Biarkan ia betul-betul kering baru dibasuh dengan air kisaran timun
Urut sekeliling muka dengan air kisaran timun tadi baru dibilas dengan air suam

Lakukan begini sebelum tidur

MENYEGAR DAN MENEGANGKAN MUKA

Campur sedikit minyak zaitun, kuning telur dan ragi segar
Kacau sebati baru disapu pada muka dan biarkan 20 minit
Jika kulit muka berminyak, kuning diganti putih telur

Kemudian bersihkan dengan air dan lakukan beberapa kali sehingga mendapat hasil memuaskan

KEDUT HALUS DI TEPI MATA

Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari dan segenggam beras
Beras digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk bersama kunyit hidup hingga lumat
Campur dengan sedikit madu lebah, air limau nipis dan putih telur
Setelah sebati sapu ke muka dua kali sehari

Biar setengah jam baru dicuci dengan air suam

Selasa, 5 November 2013

DARAH NIFAS TIDAK BERBAU

Untuk menghilangkan bau darah selepas bersalin, ambil pokok cekur dan mamah ubinya
Jika tidak ambil daunnya dibuat kerabu

Pasti bau darah nifas tadi hilang

GETAH PISANG ELAKKAN MELECUR

Apabila terkena air panas atau melecur , segera tebang pokok pisang dan ambil getahnya
Sapukan di tempat terkena panas tadi,pasti kurang rasa sakit dan lecuran


TANGAN BERBAU HANYIR IKAN

Jika tangan anda masih berbau hanyir ikan walaupun setelah menggunakan sabun,amalkan ini
Selepas tangan anda dibersihkan dengan sabun, ambil daun teh atau serbuk teh lalu dilumur dan digosok pada tangan anda

Bilas dengan air bersih pasti bau hanyir ikan hilang dan tangan anda terasa halus

MENYEGARKAN LESU BADAN

Ambil sebiji telur ayam kampung, sedikit halia merah, secubit garam dan secamca besar madu lebah
Tumbuk halia bersama garam hingga lumat dan masukkan telur ayam kampung bersama madu lebah
Kacau dan minumlan

Amalkan dua kali seminggu pada waktu malam

HILANGKAN GULA-GULA GETAH PADA PAKAIAN

Titikkan thinner di tompokan gula-gula getah dan kikis dengan jari

Ulangi hingga bersih dan bilas sedikit dengan air

SEMBELIT KETIKA PANTANG

Untuk mengatasinya amalkan makan jadam sebesar telur cicak bersama sebiji pisang emas

Pasti anda tidak akan sembelit ketika pantang bersalin

MELEMBUTKAN DAGING

Ambil sebatang tebu dibuang kulit dan dibersihkan
Buang bahagian yang keras dan potong memanjang seruas-seruas

Masukkan sekali potongan tebu tadi kedalam masakan daging pasti daging itu menjadi lembut dan menyedapkan lagi masakan