Khamis, 31 Oktober 2013

TERJIRUS AIR PANAS


Jangan celupkan anggota melecur tadi ke dalam air, sebaliknya dilap dengan air garam

Selepas itu campurkan lendir daun lidah buaya, kapur makan dan minyak tanah lalu dilumurkan ke anggota yang melecur tadi

NILA TERLALU BIRU


Untuk mengurangkan warna nila yang terlalu biru, campurkan sedikit cuka ke dalam baldi yang berisi air bersih dan rendam lebih kurang 30 minit

PUTIK JAMBU UBAT LOYA


Ambil sebiji putik jambu dan kunyah hingga lumat dan telan ketika anda terasa loya atau hendak muntah

Rasa loya tadi akan hilang

JIMAT MASKARA


Untuk mengelakkan maskara mudah tersejat dan kering, bubuh secamca minyak zaitun ke dalam bekas maskara itu dan godakkan dengan berus

TELUR IKAN TIDAK PECAH


Sebelum telur digoreng, masukkan air separas telur ikan itu dan sedikit garam
Rebuskan hingga air kering atau telur ikan itu masak

Setelah itu, baru digoreng telur ikan dan hasilnya pasti memuaskan

HILANGKAN LENDIR IKAN SEMBILANG


Ketika memotong ikan sembilang, perhatikan di kiri dan kanan ikan bewarna coklat ada urat bewarna putih
Buang urat itu dan ambil beberapa biji limau kasturi diperahkan dan diperap selama 20 minit

Apabila hendak memasak, cuci kembali ikan itu

MENJARAKKAN ANAK


Ambil sejengkal akar delima, sejengkal akar inai dan seketul ibu kunyit
Rebuskan sehingga mendidih dan sejukkan
Air rebusan ini hendaklah diminum selepas makan nasi sebagai air hangat hingga haid datang
Apabila haid berhenti minum air itu
Petua ini dapat menjarakkan anak, menghilangkan lenguh pinggang dan bau badan


MASALAH BATU MEROYAN


Ambil sebiji betik muda dan dibakar hingga panas

Balut dalam kain dan tungkulah di tempat yang sakit itu tadi

CANTIKKAN KUKU


Ambil beberapa daun mempelas dan gosokkan di kuku

Pasti ia akan memberi kesan yang memuaskan

MEMPELAM TIDAK BURUK


Andaikata dahan-dahan atau ranting mempelam hedak dipotong, pastikan bekas potong itu disapu cat serta merta
Tujuannya supaya air tidak memasuki batang pokok


GAMBIR UNTUK SAKIT MULUT


Sekiranya anda sakit mulut di bahagian dalam, ambil seidkit gambir dan letak ia di tempat sakit tadi

Lakukan setiap hari, ia akan lekas sembuh

TANGAN BERPELUH


Cuba kepal beberapa camca nasi masih panas

Jika anda rajin mengamalkannya, tangan anda tidak lagi berpeluh

UBAT KURAP


Bancuh tepung kanji bersama air hingga sebati dan panaskan
Apabila suam sapukan di bahagian kurap tadi

Lakukan selalu supaya ia cepat hilang

MENGATASI PERUT BUNCIT


Ambil daun jambu batu, halia dan kapur makan lalu digiling halus
Sapu perut anda setiap malam dengan bahan giling tadi

Amalkan sebulan dan anda akan lihat kesannya

SENTIASA AWET MUDA

Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari, 7 keping asam keping dan sedikit garam
Bakar kunyit tetapi jangan sampai hangus, kikis kulitnya dan ambil isinya
Isi kunyit ditumbuk halus bersama garam
Masukkan sebuk kunyit tadi bersama asam keping ke dalam air panas, tutup rapat

Biarkan ia sejuk baru diminum dan buat begini setiap hari

UBAT GATAL TANGAN DAN CELAH JARI KAKI

Bawang putih ditumbuk dan direndam dalam cuka dan tambah dengan minyak kelapa

Sapukan di tempat gatal celah jari kaki atau tangan


Lakukan selalu

Rabu, 30 Oktober 2013

UBAT SEMPUT/ASMA KANAK-KANAK

Ambil dua atau tiga helai daun ati-ati (hati-hati) serta secubit kapur sirih
Ramas keduanya hingga hancur dan sapukan di dada dan belakang kanak-kanak

Cara ini dapat mengurangkan batuk serta kesesakan nafas anak anda

IKAN SUNGAI HARUM MENYELERA

Ambil beberapa helai daun kaduk dan daun kesum dimasak bersama-sama ikan sungai

Bau hanyir akan hilang, malah masakan anda bertambah harum

MENGHILANGKAN KESAN DAKWAT DI PERMAIDANI

Bancuh tiga camca besar soda penaik bersama segelas air suam

Tuangkan di atas kesan dakwat dan tutup dengan beberapa helai kain bersih

CARA MUDAH BUANG KULIT KACANG TANAH

Kacang yang baru digoreng terus dimasukkan dalam penapis sayur
Lecekkan menggunakan kertas dan dengan sendirinya kulit-kulit kacang akan jatuh

Cara ini membuat kerja anda ringkas dan cepat

TERSELIUH DAN LEBAM

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air
Ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuk bersama buah pala tadi
Apabila sudah lumat, campurkan sebiji garam jantan dan bungkus dalam daun pisang dan dipanggang
Apabila sudah panas, angkat dan sejukkan

Lekapkan di bahagian terseliuh atau lebam dan diikat dengan kain

MEMBUAT PES IKAN DENGAN MUDAH

Masukkan isi ikan ke dalam mesin pembancuh kek dan putar kelajuan perlahan dulu
Masukkan 7 camca besar air garam bagi 500g isi ikan
Setelah itu masukkan ½ camca tepung ubi dan putar laju

Masukkan pes ikan ke dalam peti sejuk

MEMBUANG CECAIR GETAH DI RAMBUT

Ambil secawan tepung gandum dicampurkan sedikit air agar ia pekat
Campuran ini disapu pada bahagian rambut yang terkena getah

Kemudian terus menyikat dan getah tadi akan tanggal tanpa rasa sakit

MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA

Ambillah akar lalang, basuh hingga bersih dan rendamkan dalam air sejuk semalaman

Sapukan air itu di kepala esok pagi dan amalkan sekali seminggu

BERTANGAS DAUN INAI UNTUK SERIKAN MUKA

Ambil daun inai (banyak) dengan batangnya sekali dan direbus bersama setengah gelen air hingga mendidih
Kemudian masukkan didalam baldi/timba
Selepas mandi, berkemban dengan kain basah dan waplah dengan air daun inai tadi
Caranya duduk atas timba tadi dan tutup timba dengan kain kemban tadi seberapa lama yang boleh
Ambil segenggam daun inai tanpa batang dicampurkan dengan secamca besar jintan manis
 Rebus dan minum airnya
Amalkan petua ini sekali sebulan

BUAH NONA BUNUH KUTU

Ambil biji-biji buah nona dan goreng hangus tanpa minyak
Tumbuk hingga halus dan campurkan minyak kelapa asli
Lumurkan rata-rata di kepala dan bungkus dengan tuala bersih

Biarkan semalaman dan keesokan hari baru dibersihkan

MENGEMPIS PERUT

Ambil segenggam rumput kapal terbang,basuh dan tumbuk
Campurkan satu camca besar kapur sehingga sebati
Sapukan di perut dan balut dengan barut

Biarkan semalaman dan amalkan selalu

MENCEGAH UBAN

Basahkan rambut dengan air asam jawa pekat
Biarkan ia kering sendiri
Lumurkan campuran 6-8 tangkai daun inai bersama segenggam arang dan sedikit asam limau
Bungkus kepala yang sudah dilumur tadi dengan tuala lembap dan biarkan sejam
Kemudian baru dibasuh dengan syampu

Buat begini 2 kali seminggu dengan tekun

DAUN SESUDU, BERAS PULUT PELEMBUT KULIT

Goreng beras pulut sehingga kuning
Beras tadi dikisar atau ditumbuk halus dan ayakkannya untuk ambil serbuknya
Ambil beberapa daun sesudu ditumbuk halus
Campurkan serbuk beras dan daun sesudu tadi, guna sebelum mandi
Biarkan sebentar, barulah mandi

Amalkan setiap kali hendak mandi dan anda akan mengalami perubahannya

Sebait Kata

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA
Kebanyakan generasi dulu mempunyai petua yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian tidak kira dari segi perubatan, masakan atau aspek yang lain
Semua ini diasimilasikan berdasarkan keindahan ciptaan Ilahi dan tidak menghairan jika mereka masih teguh meniti usia yang panjang
Tidak pernah ada perkataan kimia sintetik dalam penggunaan mereka dan jika benar-benar parah, baru diaplikasikan penggunaan sintetik ini
Justeru itu kami berbangga dengan penggunaan ilmu mereka yang diwarisi dari mulut ke mulut dan lisan
Seharusnya kita bertuah kerana kebayakan petua mereka selalu membantu kita di saat getir dengan izin Yang Maha Kuasa....

Ahad, 27 Oktober 2013

MEMBUAT IKAN KERING SEMPURNA

Ikan dibelah dua dan cuci menggunakan air asam

Tumbuk sedikit bawang putih, jintan manis, garam dan sedikit cuka makan

Satukan semua bahan tumbuk bersama ikan dan peramkan selama 1 ½ jam


Lepasa itu baru dijemur dan ikan kering anda tidak berulat dan tiada lalat hinggap padanya

HILANGKAN SAKIT KEPALA

Rendamkan sedikit serbuk teh bersama asam keping

Biarkan kembang dan minum airnya


In sha Allah sakit kepala anda akan hilang

MENGATASI KENCING MALAM

Bakar kulit pedal ayam hingga hangus dan tumbuk bersama sedikit halia


Campurkan minyak kelapa dan gosok di bawah perut ari-ari sebelum tidur malam

PETUA MEMBERSIHKAN KACA PINTU DAN TINGKAP

Ambil kapur yang dihaluskan dan campurkan dengan sedikit air

Gosok campuran kapur tadi dengan kain penggosok pinggan mangkuk pada tingkap


Biarkakn kering seketika baru dibersihkan hingga kapur hilang

KELUARKAN SELUMBAR/DURI DARI KULIT

Ambil sebiji bawang merah dan letakkan sedikit minyak kelapa dan bakar hingga hangus


Letakkan pada tempat yang tercucuk duri atau selumbar tadi

HILANGKAN GATAL ALAHAN MAKANAN LAUT

Bakar beberapa keping pedal ayam hingga hitam dan tumbuk halus

Panaskan serbuk pedal dengan tiga camca minyak zaitun seketika


Angkat dari api dan biarkan sejuk sebelum disapu pada tempat yang gatal tadi

MENGUBATI NAJIS BERDARAH

Ambil sedikit kulit buah manggis yang kering dan rebus bersama sedikit air hingga menjadi rebusan agak pekat


Minumlah sebaik-baiknya sebelum tidur malam dan amalkan

MELEBATKAN RAMBUT BAYI

Ambil minyak kelapa dan campurkan dengan daun pucuk manis

Masak sehingga minyaknya bewarna hijau

Ambil minyak itu dan sapukan pada kepala bayi setiap hari


Rambut bayi anda akan hitam dan lebat

MEMBESARKAN ISI HALIA

Apabila kita menanam halia adakalanya ia tidak mengeluarkan isi yang banyak


Untuk menambahkan dan membesarkan isi halia tabur serbuk kayu di sekeliling pokok halia tadi dan ia akan mengeluarkan hasil yang memuaskan

MENGATASI HAID TIDAK BERHENTI


Ambil 3 inci halia, sedikit kayu putih, jintan manis, kulit kayu manis dan rebus semua ini bersama 14 cawan air


Rebus hingga menjadi secawan dan minum ketika suam, 4 kali sehari

MENAMBAH SUSU BADAN

Ambil sedikit daun cekur, ibu kunyit, lempuyang, sedikit garam dan setengah cawan air

Tumbuk kesemua bahan ini dan diperah ambil airnya setengah cawan dan dicampur sedikit garam


Gosoklah air tadi ke seluruh badan selama 3 hari berturut-turut dan susu badan puan akan bertambah

MASALAH SENGGUGUT

Ambil seperdu akar serai dara dicuci bersih dan direbus hingga mendidih

Minum air rebusan ini setiap hari dan gantikan akar baru bila rasa pedasnya hilang

Panaskan akar ini setiap kali hendak diminum


Jika rajin diamal ,senggugut anda akan lama-kelamaan pulih

MENGATASI PERUT BUNCIT



2 camca beras dan 3 helai daun cekur ditumbuk lumat
Campurkan dengan setengah gelas air masak, ½ camca gula pasir, ½ camca gula merah dan sedikit garam serta asam jawa
Minum sebelum tidur malam dan amalkan setiap hari untuk mengempiskan perut yang berkesan

KEGATALAN DI PANGKAL RAHIM BAGI IBU MENGANDUNG


2 biji limau nipis dicampurkan dengan secamca teh garam kasar dan air suam


Basuhlah pangkal rahim dengan air tadi dan amalkan

UBAT KEGATALAN BAGI IBU MENGANDUNG

Kebiasaaan ibu mengandung mengalami kegatalan di perut, muka, tengkuk dan payudara yang menyebabkan lebam bila digaru

Ambil dua helai daun sirih dan sedikit bedak sejuk diletakkan pada tapak tangan

Titikkan sedikit air sejuk,umpal-umpalkan sehingga keluar air hijau pekat


Sapukan air sirih tadi pada bahaghian yang gatal, amalkan selalu

CERAHKAN WAJAH

Parut sengkuang sehingga halus dan masukkan 2 camca air

Perah dalam sebuah bekas , biarkan sagunya mendak dan buang airnya

Jemur sagu tadi hingga kering


Sapulah sagu kering tadi seperti menggunakan bedak sejuk, pasti kulit anda terasa halus

PENCEGAH UBAN



Ambil daun rambutan tua, dicuci bersih dan ditumbuk halus

Perah airnya dan sapu ke bahagian rambut beruban


Lakukan selalu dan dalam tempoh 2 atau 3 minggu, anda akan lihat hasilnya

UBAT KEPUTIHAN



Racik halus akar kayu putih untuk dijadikan serbuk

2 camca serbuk akar kayu putih dicampur dengan madu lebah

Uli rata dan ketulkan sebesar biji jagung


Amalkan memakan 2 biji 2 kali sehari, in sha Allah akan berkurangan keputihan itu