Selasa, 12 November 2013

PENYAKIT KAYAP

Ambil santan dari sebiji kelapa dan masak beberapa gambir
Kacau di atas api sederhana

Sapu di tempat kayap sebelum tidur dan buat setiap malam

TULANG PATAH CEPAT SEMBUH

Ambil dua batang rebung dan satu cawan pasir lalu tumbuk kedua-duanya sehingga rebung hancur
Bungkus bahan ini dalam daun pisang dan bakar di atas api selama 3 hingga 5 minit
Angkat dan letakkan pada bahagian tulang yang patah dan lilitkan kain
Amalkan sekali sehari(sebelah malam) hingga sembuh

Kalau rajin, lakukan dua kali sehari iaitu pagi dan malam

ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN

Ambil jadam dan asam jawa, campur sedikit air dan masak
Apabila mendidih serta pekat sedikit, angkat
Sebelum mengikat bengkung, sapulah bahan tadi(pilis) di perut
Biarkan pilis itu suam sedikit ketika menyapunya, baru diikat bengkung

Amalkan sepanjang masa berpantang

GATAL-GATAL KEMALUAN AKIBAT KEPUTIHAN

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, cuci bersih dan rebus bersama tiga gelas air
Setelah mendidih, angkat dan campurkan garam
Apabila air rebusan tadi suam, gunakannya untuk mencuci kemaluan
Amalkan dua atau tiga kali seminggu, pasti hasilnya memuaskan


KESAN HITAM DI BEKAS PLASTIK

Gosokkan hampas kelapa pada tempat yang terkena arang atau jelaga pada bekas plastik

Kemudian barulah dibersihkan seperti biasa

MENGHILANGKAN PANAU

Ambil tiga atau empat tangkai daun gelenggang muda lalu digosokkan pada tempat berpanau selama dua minit

Buatlah selalu selama seminggu

MELEGAKAN CIRIT BIRIT

Ambil satu camca makan daun teh, segelas air panas dan sedikit gambir
Rendamkan daun teh dalam air panas dan masukkan gambir

Biarkan 15 minit baru diminum

MENGHINDARKAN BUBUK

Ambil sedikit lada sulah, masukkan ke dalam perca kain atau kain kasa lalu disimpul

Letakkan di tempat yang ada bubuk, pasti bubuk akan hilang

HILANGKAN KESAN CACAR

Tumbuk jagung muda hingga lumat kemudian lumurkan pada bahagian parut cacar

Setelah kering, cuci dengan air hingga bersih dan amalkan selalu

SUSU TEPUNG HALUSKAN KULIT

Jika kulit anda kasar, cuba cuci muka dengan air limau nipis dan bilas dengan air bersih
Lap muka dengan tuala bersih
Kemudian ambil dua atau tiga camca susu tepung dibancuh bersama air suam dan sapukan ke muka, biarkan ia kering
Bersihkan susu tadi dengan span basah

Amalkan tiga kali seminggu dan hasilnya anda pasti puas